CARTA ORGANISASI KURIKULUM S.K. ULU ANSUAN, TELUPID 2009

GAMBAR KTM & KTBM SEKOLAH

En. Jaupis bin Gadua

Guru Besar
Sek. Keb. Ulu Ansuan Telupid











En. Keneddy Gurongot
Penolong Kanan Pentadbiran (PK 1)
Sek. Keb. Ulu Ansuan Telupid








En. Ronney Bin Yapok
Guru Kemahiran Hidup dan Pendidikan Moral
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sek. Keb Ulu Ansuan Telupid









En. Victor Tunsin
Guru Kajian Tempatan dan Muzik
Sek. Keb. Ulu Ansuan Telupid

VISI DAN MISI SEKOLAH



VISI SEKOLAH


MISI SEKOLAH

ORGANISASI SEKOLAH KOMITED DAN MENGOPTIMUMKAN USAHA DALAM BIDANG PENGURUSAN PENTADBIRAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH SERTA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM DALAM TEMPOH 5 TAHUN.

SEJARAH SK ULU ANSUAN TELUPID


Sek. Keb Ulu Ansuan Telupid
W.D.T 08, 89300 Telupid, Sabah

Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan Telupid telah dibuka pada 17 Januari 2000. Jarak rasmi sekolah ke Pejabat Daerah telupid ialah 50 kilometer. Sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan raya Estet Meliau IJM sejauh 16 kilometer. Sekolah ini boleh juga dihubungi melalui Sekolah Kebangsaan Ansuan (Kampung Berayung) menggunakan perahu dan jalan raya Kampung Ansuan sejauh 4 kilometer.

Pada mulanya sekolah ini hanya menumpang di balairaya Kampung Ansuan telupid selama 3 bulan. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya satu orang sahaja. Guru tersebut terpaksa berulang alik ke Sekolah Kebangsaan Ansuan dengan berjalan kaki serta mendayung perahu setiap hari sejauh 4 kilometer kerana tiada tempat tinggal. Bilangan murid pada ketika itu ialah dari Kampung Ansuan, Kampung Baba, Estet Good Income Sdn. Bhd. Dan Estet Meliau IJM Sdn. Bhd.

Pada bulan Februari 2000 bangunan baru sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan siap sepenuhnya melalui peruntukan Jabatan Pelajaran Sabah. Pembinaannya hanya memakan masa hanya 2 minggu sahaja.

Selepas itu pada 2 April 2001 bilangan guru Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan telah bertambah kepada 2 orang. Ketika itu guru-guru diizinkan tinggal di rumah pekerja kebun kelapa sawit milik BCCM Gabungan Sandakan sehingga pada bulan November 2001.

Setelah itu, pada bulan Januari 2002 mereka terpaksa tinggal di dalam bilik darjah yang masih kosong selama setahun. Pada bulan januari 2003, guru-guru tinggal di rumah bamboo yang telah dibina secara gotong-royong oleh PIBG. Rumah berkenaan masih dipakai oleh 5 orang guru lelaki walaupun keadaannya sudah uzur/ reput serta atap zink yang telah bocor (zink terpakai). Manakala rumah papan yang baru siap dibina pada tahun 2004 juga secara gotong-royong oleh pihak PIBG yang digunakan oleh 2 orang guru perempuan. Kakitangan Bukan Mengajar (KBM) pula terpaksa berulang alik sejauh 42 kilometer setiap hari ke Kampung Liningkung Telupid kerana masalah rumah.



MOTTO SEKOLAH

“BERDISIPLIN DAN BERILMU”


LAGU SEK. KEB ULU ANSUAN TELUPID

S.K. Ulu Ansuan

Pelakar Kejayaan

Menjulang Segunung Harapan

Bekal Ilmu Pengetahuan


Berdisiplin Berilmu

Gagah Semangat Juang Mu

Menyusur Deras Arus Waktu

Membela Nasib Anak Mu


Kami Permata Kebanggaan

Penyinar Masa Hadapan

Tunggak Kegemilangan

Tersohor Sepanjang Zaman




KEMUDAHAN SEKOLAH



Kemudahan Water cooler (Air Mineral)















Pandangan belakang sekolah kebangsaan Ulu Ansuan Telupid

















Kemudahan infrastruktur sekolah